loading...
Pastinya netizen akan tertanya - tanya betulkah sekiranya kita minum air kacang soya secara berlebihan boleh membawa kesan buruk? Ini sudah dikira menakutkan bagi mereka yang sudah kerap mengamalkan mnum air kacang soya kerana terikut dengan vitamin yang sering diwar-warkan di kaca televisyen selama ini.
Jadi apakah terdapat penjelasan di sebalik keputusan untuk mendakwa bahawa berlebihan mengambil soya membawa kepada kesan yang buruk? Mari kita ikuti penjelasan yang selanjutnya di bawah ini.
Golongan lelaki yang mengambil 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu berkemungkinan boleh mengundang kepada risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.
Penemuan tersebut adalah berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot.
Kajian yang berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang (randomized, placebo-controlled crossover) yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) pula menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin (SHBG, sex hormone-binding globulin) pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan (resistance exercise).
Saintis kini membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu. Segala pemerhatian selanjutnya akan diberitahu pada keluaran yang akan datang.
loading...
loading...
0 Response to "Kesan Buruk Sekiranya Mengambil Soya Berlebihan"
Catat Ulasan