loading...
Khunsa adalah berasal dari perkataan Arab bermaksud 'lembut'. Manakala menurut Kamus Dewan pula, seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan ini sememangnya golongan istemewa yang telah di ciptakan oleh Allah sebagai salah satu bukti kekuasaan Nya. Mereka ini mempunyai ciri fizikal sejak lahir lagi.
Dari segi fiqh Islam, golongan ini terbahagi kepada dua, iaitu khunsa musykil yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.
Khunsa musykil adalah tidak dapat dipastikan jantinanya kerana mereka ini dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya mempunyai alat untuk membuang air kecil sahaja.
Khunsa ghair musykil pula, dipastikan melalui ketrampilan mereka sama ada lebih menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.
Mereka yang tergolong dari khunsa ghair musykil harus berkahwin dari sudut hukum syarak. Tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.
Di dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai "hermaphrodite". Para ulamak menyatakan bahawa mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki di hadapan perempuan.
Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan golongan perempuan.
Jika di perhatikan semasa solat juga Imam yang paling hadapan dan bertanggung jawab dalam sah atau batal nya solat itu.
Golongan lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggung jawab di hadapan Allah SWT nanti.
Dan golongan khunsa pula diletakkan di saf yang ketiga kerana melambang kan tanggung jawab mereka yang ringan jika di bandingkan dengan lelaki.
Agama Islam jelas sekali menerima golongan khunsa musykil (memiliki dua jantina), dan agama Islam juga tidak mengajar umat nya mengamalkan budaya gay (lelaki dengan lelaki) dan lesbian( perempuan dengan perempuan) yang amat bertentangan dengan ajaran ini.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta mereka dilahirkan sebegitu rupa kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.
Golongan khunsa musykil tiada halangan untuk memilih jantina mereka mana yang lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau ia boleh di bukti kan secara klinikal.
“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.
“Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya.
Perkara ini juga amat serius kerana semasa pembahagian harta pusaka perlu diambil kira mengikut jantina mana yang lebih cenderung.
Dalam hal ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang peting untuk menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.
“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Islam amat melarang sama sekali golongan yang sememangnya di lahir kan sebagai lelaki tetapi mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan ataupun berpakaian seperti perempuan dan menjalinkan hubungan sejenis di antara mereka.
“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain,” tambahnya.
Pada zaman kini golongan yang menukar jantina semakin berleluasa dan tidak takut akan azab yang akan diterimanya kelak. Kumpulan mereka semakin hari semakin banyak dan mereka tidak menganggap ianya sebagai suatu dosa.
Pada mata masyarakat pula golongan ini seolah-olah sudah biasa dilihat di mana-mana sahaja,Malah masyarakat ada yang sengaja membuat kisah kehidupan mereka sehingga mereka diangkat menjadi selebriti dalam kalangan kita.
Sedarlah wahai masyarakat sekalian jika golongan ini tidak dicegah dari awal maka azab Allah yang akan datang kepada kita semua tidak mengira seseorang itu alim ataupun tidak.Editor : Ila
loading...
loading...
0 Response to "Gambar Perbezaan Di Antara Khunsa Atau Lelaki Asli Serta Kedudukan Golongan Ini Di sisi Allah"
Catat Ulasan