SinarHairan

Edisi Khas 'Red Out' dari G-Shock Yang Mengancam

loading...
Peminat G-Shock kena beli!

Selepas beberapa koleksi khas untuk ulang tahun ke-35 G-Shock diperkenalkan, G-Shock kini tampil dengan warna yang lebih garang dan merecik hawauuu! Set Big Bang Black telah dikeluarkan pada bulan Ogos yang lalu dan terbaru, koleksi set ‘Red Out’ pula diperkenalkan.

Edisi Khas 'Red Out' dari G-Shock Yang Mengancam

Pemilihan warna yang garang ini menjadi stand point bagi design terbaru G-Shock edisi 'Red Out. 'Kelima-lima model; DW-5635C, AWG-M535C, DW-5735C, DW-6935C dan GA-735C akan menggunakan warna merah matte disamping teknologi yang ada pada setiap model dikekalkan.

Setiap model akan hadir dengan kotak besi edisi khas dengan grafik dilukis artis ternama Eric Haze. Koleksi ‘Red Out’ ini akan mula dipasarkan pada 19 Januari 2018 di Jepun. Harga untuk jam tangan ini dikhabarkan sekitar RM700 sehingga RM1,200 bergantung kepada jenis model. Sekiranya anda berhajat, boleh lah haloo kengkawan di Jepun ya.



sumber: g-shock
loading...
loading...

0 Response to "Edisi Khas 'Red Out' dari G-Shock Yang Mengancam"

Catat Ulasan