SinarHairan

Wanita Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri

loading...

KLANG -  Seorang wanita ditemui mati di dalam kenderaan miliknya di Persiaran Pulau Pinang, Jalan Meru, Klang.

Dalam kejadian jam 9.11, orang ramai yang melalui kawasan kejadian menemui seorang wanita yang berusia 34 tahun itu dalam kereta jenis Kia Spectra.

Pihaknya menerima panggilan sebelum menghantar sepasukan enam anggota ke lokasi kejadian, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Atan.

"Namun sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati terbaring di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala semua pintu kereta terkunci.

Katanya, "anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta itu dengan menggunakan alatan khas."

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Bandar Botanik, Klang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Manakala mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha





loading...
loading...

0 Response to "Wanita Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri"

Catat Ulasan