SinarHairan

Video - Wanita Di Tikam Dan di Samun Di Khalayak Ramai

loading...

Video mengenai seorang wanita yang dipercayai ditikam serta dirompak oleh seorang lelaki baru-baru ini telah tular di laman media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku di sekitar kawasan perumahan yang tidak ketahui lokasinya, seorang wanita dilihat terbaring dengan berlumuran darah di hadapan sebuah rumah manakala seorang lelaki yang tidak dikenali kelihatan sedang memukul wanita berkenaan.

Difahamkan, video yang berdurasi selama 2.07 saat itu telah dirakam oleh seorang wanita yang berhampiran dengan tempat kejadian namun dia hanya dapat merakam dari jarak jauh.

Lelaki berkenaan dilihat memukul wanita berkenaan tanpa henti walaupun wanita itu meronta kesakitan.

Malah orang ramai yang berada di berhampiran lokasi turut berteriak supaya lelaki terbabit berhenti melakukan perbuatan tersebut namun tidak diendahkannya apabila lelaki itu dengan berani terus-menerus memukul wanita berkenaan.

Sementara itu, ada juga kenderaan yang memberhentikan kenderaannya di lokasi tersebut namun tidak lama selepas itu kenderaan tersebut terus berlalu pergi tanpa memberi bantuan.

Tidak lama kemudian selepas itu, kelihatan seorang lelaki warga emas tanpa berbaju datang menghampiri dan lelaki terbabit dikatakan mengambil beg tangan mangsa sebelum cuba untuk melarikan diri.

Pada mulanya, orang ramai disekitar kawasan itu hanya melihat kejadian tersebut namun apabila lelaki terbabit melarikan diri sambil membawa lari beg tangan wanita berkenaan, orang ramai mula mengejar lelaki terbabit.

loading...
loading...

0 Response to "Video - Wanita Di Tikam Dan di Samun Di Khalayak Ramai"

Catat Ulasan