SinarHairan

Tragis Penemuan Mayat Warga Emas

loading...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan tidak berpakaian dan berulat ditemui di dalam sebuah rumah di Jalan Haji Sulaiman, Berapit di Bukit Mertajam semalam.

Mayat lelaki tersebut yang dikenali sebagai Ooi Chin Seng,75, dipercayai telah meninggal dunia sejak tujuh hari lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan tinggal bersendirian dan dipercayai seorang gelandangan dan meneruskan hidup dengan meminta sedekah. Mayat lelaki itu telah ditemui didalam bilik dirumahnya," katanya malam tadi.

Mayat itu telah dihempap tilam yang berkemungkinan disandarkan di dinding rumah itu dan pada pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat mangsa.

Menurutnya mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan berkata jiran-jiran warga emas itu tidak mendengar sebarang bunyi yang meragukan dari rumah lelaki berkenaan dan dia juga tidak kelihatan sejak minggu lepas.

Selain itu,katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dan merupakan penagih tegar. Sumber: Malaysiakini. Editor: Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Tragis Penemuan Mayat Warga Emas"

Catat Ulasan