SinarHairan

Selepas Diserang Lelaki Botak, Fathia Latiff Guna Khidmat Bodyguard.

loading...

Pelakon Fathia Latiff baru-baru ini dilihat bergambar bersama dua lelaki berkemeja hitam menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 30, juga turut menulis kapsyen berterima kasih kepada dua lelaki yang tidak dinyatakan identiti tersebut.

Tulisnya, "terima kasih atas kebaikan anda!."

Namun ada juga rata-rata netizen yang meninggalkan komen bahawa Fathia kini sudah mempunyai pengawal peribadi yang akan menemaninya ketika berada di tempat awam.

Tulis @kassy_jayl, "Wow @fatiyalatiff gadis yang bertuah. Ada bodyguard lagi."

Komen @iamct__., "yeay ada bodyguard dah. Teruskan perjuanganmu Fathia, kami sentiasa menyokongmu daripada belakang."

Terdahulu, Fathia pernah menerima ugutan daripada lelaki yang mahu mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Pelakon itu juga turut meluahkan hasrat memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya yang kini terancam.

Tulisnya di laman Twitter pada 9 Disember lalu, "saya perlu pengawal peribadi." Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha.


loading...
loading...

0 Response to "Selepas Diserang Lelaki Botak, Fathia Latiff Guna Khidmat Bodyguard."

Catat Ulasan