SinarHairan

Setelah Sekian Lama Menderita Penyakit Barah Tisu, Akhirnya Adik Arif Menghembuskan Nafas Terakhir

loading...

KLANG - Mohammad Ariffuddin Mohd Nor Hafis atau mesra dipanggil Arif, 9, yang menghidap penyakit barah tisu sejak awal tahun menghembuskan nafas terakhirnya di rumah datuknya di Jalan Seri Kenangan, Meru, Klang, malam tadi.

Anak sulungnya itu kembali ke rahmatullah pada jam 11.40 malam tadi, kata bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33.

"Arif menunjukkan perubahan pada selepas Maghrib.

"Saya telah memanggil ahli keluarga yang lain untuk berkumpul dan membaca surah Yasin,

Jelasnya, "waktu itu dia meminta saya untuk duduk disebelahnya dan memeluknya."

Selepas itu keadaannya semakin teruk dan sudah tidak mampu untuk bercakap, katanya.

"Dan saya minta Arif berehat memandangkan keadaannya yang sanga lemah.

"Namun apabila bapa saya cuba mengejut Arif dari tidur dia tidak memberi sebarang reaksi dan kami tahu, Arif sudah pergi dan saya reda," katanya dengan nada sebak.

Kata beliau, anaknya itu akan dimandi dan disolatkan di rumah bapanya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Cempaka Meru pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Dalam pada masa yang sama, dia turut menghargai sokongan serta doa orang ramai termasuk penderma yang banyak membantu anaknya itu.

Katanya, "terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT saja dapat membalas jasa semua."

Terdahulu, kisahnya mendapat perhatian ramai yang memaparkan penderitaan kanak-kanak ceria itu berisiko buta seumur hidup berikutan sel barah merebak dengan cepat sehingga ke otak dan menjejaskan organ dalaman lain.

Penyakit yang dihidapinya sejak Januari lalu itu telah menyebabkan mata kirinya terjojol keluar manakala mata kanan hampir buta. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.






loading...
loading...

0 Response to "Setelah Sekian Lama Menderita Penyakit Barah Tisu, Akhirnya Adik Arif Menghembuskan Nafas Terakhir"

Catat Ulasan