SinarHairan

Pengeboman Bandar Syria, 'Pengganas Miliki Peluru Berpandu'

loading...

MOSCOW: Rusia mengecam serangan peluru berpandu di pangkalan udara Hemeimeen, Syria pada Khamis yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas.

Pasukan tentera Rusia masih berada di pangkalan udara terbabit walaupun arahan pulang telah dikeluarkan Presiden Vladimir Putin bulan lalu.

Maria Zakharoya iaitu Jurucakap kerajaan Rusia memandang serius serangan tersebut dan memaklumkan kejayaan memintas salah sebuah peluru berpandu yang dilancarkan.

Pengganas telah melancarkan beberapa peluru berpandu dari perkampungan - perkampungan Bdama di lapangan terbang antarabangsa Latakia dan di pangkalan udara Rusia di Hemeimeem pada 27 Disember.

Maria menjelaskan dua daripadanya telah berjaya dihalang oleh sistem anti-pesawat Rusia di Pantsir, hingga menyimpang dari laluan dan jatuh di wilayah Jable

Tambahnya anggota tentera Rusia yang berada di pangkalan terbabit selamat serta dilindungi oleh sistem pertahanan anti-pesawat pelbagai peringkat.

Pengganas semakin hari semakin mudah mendapatkan senjata canggih bagi melancarkan serangan, sekali gus timbul persoalan siapakah yang menyalurkan senjata terbabit kepada mereka menjadi kerisauan kepada Rusia. Sumber:Astro Awani . Editor-Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Pengeboman Bandar Syria, 'Pengganas Miliki Peluru Berpandu'"

Catat Ulasan