SinarHairan

Lindsay Lohan Dipatuk Ular Ketika Bercuti

loading...

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan atau nama sebenarnya Lindsay Dee Lohan, 31, dipercayai dipatuk ular ketika dia sedang bercuti di Phuket,Thailand.

Dalam kejadian itu, dia sedang mendaki sebuah gunung di sana sebelum dipatuk ular menerusi Insta Story di Instagramnya, kata Lindsay yang berdarah kacukan Ireland dan Itali itu.

Bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang kecederaan yang serius, jelas Lindsay yang juga banyak menbintangi filem sejak dari kecil.

Malah Lindsay juga sempat memuat naik video melalui Insta Story di Instagram miliknya yang menunjukkan kakinya yang dipatuk ular terbabit.

Dalam pada itu Lindsay juga sempat mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua peminatnya dimana ketika itu dia sedang berada di sebuah Villa di Thailand.

Manakala Lindsay juga difahamkan bakal menyambut tahun baru di negara tersebut. Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha

loading...
loading...

0 Response to "Lindsay Lohan Dipatuk Ular Ketika Bercuti"

Catat Ulasan