SinarHairan

Video : Aliff Syukri Dikecam Oleh Netizen Kerana Memasak Dalam Toilet

loading...

Dato Aliff Syukri bukanlah nama yang asing lagi didalam bidang perniagaan namun baru-baru ini dia telah dikecam teruk oleh netizen kerana memasak di dalam bilik air telah menjadi bualan hangat.

Dia telah memuat naik video tersebut di laman Instagramnya. Video yang berdurasi selama 1.01 saat itu mendapat tontonan ramai dan juga kecaman yang hebat hanya kerana lokasi yang dipilih tidak bersesuaian.

Menerusi rakaman itu, Aliff dilihat sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak bersama orang gajinya.

Manakala Aliff juga kelihatan begitu teruja untuk menyajikan masakan tersebut.

Malah ada juga rata-rata netizen yang terkejut dengan tindakan Aliff dan beranggapan bahawa memasak di dalam tandas adalah tidak sesuai.

Akibat terkesan dengan kecaman daripada netizen, Alif telah memuat naik status di laman sosialnya untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Beliau menjelaskan bahawa video tersebut adalah video yang sudah lama ekoran daripada rumah baru beliau yang belum siap sepenuhnya.

Dalam pada itu Aliff juga turut melahirkan rasa sedih dengan kecaman daripada netizen dan berharap agar netizen tidak terus menerus mengecamnya dan menularkan setiap video yang dimuat naiknya di laman sosial. Editor: Atila Atasha

loading...
loading...

0 Response to "Video : Aliff Syukri Dikecam Oleh Netizen Kerana Memasak Dalam Toilet"

Catat Ulasan