SinarHairan

Sepupu Paksa Dua Adik Beradik Lakukan Seks Oral.

loading...

KAJANG - Dua adik beradik berusia empat dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral oleh sepupu mereka yang berusia 13 tahun, dalam kejadian awal bulan ini.

Bapa Mangsa mengetahui insiden tersebut berlaku pada 12 Disember lalu dan membuat laporan polis mengenainya pada Jumaat lalu, kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Kata Ahmad Dzaffir, "ibu remaja lelaki tersebut sepatutnya menjaga anak sepupunya itu di rumahnya."

Remaja lelaki itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang oleh ibu bapanya untuk menyerah diri pada Selasa, kata beliau.

Namun dalam satu kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adiknya yang berusia lapan tahun dicabul oleh rakan bapa mereka.

Semasa kejadian berlaku, mangsa dicabul di rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapa mereka.

Difahamkan, kedua-duanya ditinggalkan di bawah jagaan lelaki warga Indonesia itu ketika ibu bapa mereka pergi ke luar negara selama beberapa minggu atas urusan perniagaan.

Remaja perempuan itu mendakwa dia dicabul sejak berusia 13 tahun, kata Ahmad Dzaffir.

Katanya, "dia telah membuat laporan polis selepas lelaki berusia 56 tahun berkenaan cuba untuk mencabul adiknya." Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha
loading...
loading...

0 Response to "Sepupu Paksa Dua Adik Beradik Lakukan Seks Oral."

Catat Ulasan