SinarHairan

Polis Buru Lelaki Perkosa Gadis Berusia 14 Tahun Hngga Melahirkan Bayi.

loading...

BINTULU - Seorang lelaki kini dikehendaki pihak polis selepas disyaki merogol remaja bawah umur sehingga melahirkan bayi perempuan di Bintulu.

Namun perbuatan keji suspek yang berusia 20-an itu akhirnya terbongkar apabila remaja perempuan berusia 14 tahun mengadu sakit perut pada Rabu sebelum melahirkan bayi di Hospital Bintulu pada jam 1.10 petang.

Pihaknya menerima maklumat mengenai kelahiran itu daripada kakitangan Hospital Bintulu, kata Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Zulkipli Suhaili.

Difahamkan, pihak hospital juga membuat laporan polis kerana remaja terbabit masih di bawah umur selain curiga dengan status bayi yang dikandung, jelasnya.

"Mangsa kemudiannya mendedahkan bahawa dia dirogol selepas pihak polis mengambil keterangan.

Katanya lagi, "dari hasil siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah panjang di Bintulu dan suspek merogol mangsa beberapa kali sejak awal tahun ini."

Mangsa juga tidak mendedahkan perbuatan tersebut kepada keluarganya sehingga mereka tidak menyedari remaja terbabit mengandung, kata Zulkipli.

Bagaimanapun, sejak awal Oktober lalu mangsa sudah tidak lagi diganggu suspek kerana sudah berpindah ke rumah panjang lain.

"Kemudiannya mangsa dibawa ke Hospital Bintulu pada Rabu lalu oleh ahli keluarganya selepas mangsa mengadu sakit perut sebelum melahirkan bayi perempuan keesokannya.

Jelasnya lagi, "pihak polis kini sudah mendapatkan maklumat lanjut identiti suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan."

Manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...
loading...

0 Response to "Polis Buru Lelaki Perkosa Gadis Berusia 14 Tahun Hngga Melahirkan Bayi."

Catat Ulasan