SinarHairan

Ibu Pertahan Iqram Dinzly

loading...

Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 67, ibu kepada pelakon Iqram Dinzly mengakui bahawa dia sedar dengan pelbagai kecaman dan kejian yang dilemparkan terhadap anaknya yang didakwa gila dan sesat.

"Dia tidak mengambil apa yang mereka katakan kerana Iqram berperangai seperti biasa di rumah dan dia tahu ada mengeji tindakan Iqram," jelas Lalitol.

Ujarnya lagi, "biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka,"

Menerusi satu kenyataan Lalitol, dia ada menegur Iqram jika anaknya ada membuat perkara yang melampaui batas namun Iqram memberitahu bahawa dia tahu apa yang sedang dilakukannya.

“Selama menjaga arwah ayah di hospital, Iqram banyak menerima pelbagai penghinaan namun dia tetap bersabar," katanya.

Sehingga baru-baru ini anaknya terus dikutuk ketika membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh bersabar lagi.”

Rata-rata netizen mendakwa bahawa Iqram sudah gila dan sesat kerana berkelakuan pelik di laman Instagram miliknya. Sumber: Mstar online – Editor: Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Ibu Pertahan Iqram Dinzly"

Catat Ulasan