SinarHairan

Kejam!!! Bapa Rogol Anak Selama 22 Tahun Hingga Lahir 8 Anak

loading...

Seorang bapa dari Argentina yang dikenali sebagai Domingo Bulacio berusia 57 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun 8 bulan di Mahkamah Santiago del Estero pada hari Rabu atas pertuduhan merogol anak kandungnya selama 22 tahun sehingga melahirkan lapan orang anak.

Sejak Januari lalu, Bulacio dengan nama panggilan Vernacho dilaporkan berada dalam tahanan polis

Mangsa yang dikenali sebagai Antonia meminta bantuan pihak berkuasa dan mendakwa ayahnya telah menjadikan dia sebagai hamba seks sejak dia berumur 11 tahun dirumahnya Villa Balnearia selepas ibunya meninggalkan rumah.

Dia berkata. “ Sejak ibu saya meninggalkan rumah, saya menjadi isteri kepada ayah saya dan dia akan memukul jika melihat saya berbual dengan jiran atau apabila ingin ‘tidur’ bersama serta sering mengugut akan membunuh jika saya berkata apa-apa. Saya terpaksa berdiam diri.

Menurut Antonia, dia menerima ancaman bunuh beberapa saudara belah anaknya selepas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Saya menerima ancaman dari saudara pihak ayah untuk menarik balik aduan dan kerana itu saya takut akan keselamatan saya dan anak-anak saya.

“Mereka langsung tidak peduli akan apa yang telah berlaku kepada saya tetapi saya mahu dia mati dalam penjara. Saya mahu keadilan,” kata mangsa.

Selepas keputusan DNA mengesahkan dia sebagai bapa kandung kepada anak-anak itu, Bulocia dijatuhkan hukuman

Selain itu, beberapa kenalan dan saudara turut hadir di mahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangan.

Difahamkan, Antonia telah menuntut hukuman penjara 15 tahun untuk ayahnya. Sumber:Astro Awani- Editor:Farhana



loading...
loading...

0 Response to "Kejam!!! Bapa Rogol Anak Selama 22 Tahun Hingga Lahir 8 Anak"

Catat Ulasan