SinarHairan

5 Gambar : Madrasah Terbakar Ketika Penghuni Sedang Baca Yasin

loading...

KOTA BHARU- Madrasah Muhammadiah di pondok Beta Hilir telah berlaku kebakaran pada malam tadi dan telah memusnahkan 14 unit pondok yang menempatkan 24 penghuni.

Kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu terbakar ketika semua pelajar sedang membaca yasin sejurus selesai solat maghrib berjemaah di masjid yang berhampiran pada pukul 7.45 petang itu.

Muhammad Hanif Muhamad Razali, 28, mengetuai bacaan yasin berkenaan hanya melaungkan azan namun tidak dapat diselamatkan pondok yang berusia lebih 37 tahun itu.

“Salah seorang penghuni yang duduk di saf paling kanan ternampak api sedang marak terus menjerit ketika mereka sedang khusyuk membaca Yasin.

“Hanya sebahagian kitab belajar dan tong gas sempat diselamatkan bagi mengelakkan lebih buruk berlaku dan yang lain-lain hangus terbakar kerana api sedang marak membakar keseluruhan pondok berkenaan. “katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Walaubagaimanapun, beliau bersyukur kerana ketika kejadian semua penghuni berjumlah 186 orang yang terdiri daripada pelajar tahfiz, warga emas dan kelamin berada dalam masjid dan tiada penghuni yang mengalami kecederaan.

Orang awan telah membuat panggilan kepada pihak bomba, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Husin Ab. Rahman pada pukul 7.50 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Pihak yang terlibat dalam operasi adalah sebanyak empat jentera dengan kekuatan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Kota Darul Naim serta Tunjong.

Selain menambah jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan, beliau menjelaskan kira-kira 60 peratus pondok-pondok yang berstruktur hangus terbakar. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.27 malam. Sumber: K! ONLINE – Editor:Farhana





loading...
loading...

0 Response to "5 Gambar : Madrasah Terbakar Ketika Penghuni Sedang Baca Yasin"

Catat Ulasan