SinarHairan

Ngeri!!! Kepala Ibu Ditetak Anak Kandung

loading...


BANGKA TENGAH - Seorang anak bertindak kejam membunuh ibu kandungnya sendiri kerana tidak tahan dimarahi oleh ibunya dalam kejadian di Bangka Tengah, Indonesia.

Dalam kejadian itu, mangsa. Davi, 27 telah menikam ibunya, Hamidah, 55, sebanyak tiga kali sebelum suspek bertindak kejam dengan menetak kepala mangsa menggunakan parang hingga isi otaknya terkeluar.

Namun menurut saksi, Supri iaitu jiran mangsa, dia terdengar jeritan meminta tolong dan bergegas tempat kejadian. Disitu dia telah menemukan mayat Hamidah yang berlumuran darah, sementara suspek dipegang oleh abangnya, Adnen yang dimana ketika itu suspek masih memegang parang tersebut.

Katanya, "saya terus masuk ke dapur dan terkejut melihat mangsa sudah terbaring dengan luka koyak di bahagian belakang kepala."

Manakala suspek yang sudah dua hari ditahan di balai polis Bangka dikatakan rasa bersalah dan menyesal. Baru-baru ini satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial, suspek dilihat menangis dan berkata bahawa dia meneysal membunuh ibunya.

"Suspek membunuh ibunya dipercayai daripada suspek yang tidak tahan dimarahi oleh ibunya hanya kerana tersalah membuang air bekas ikan yang dia siang, kata Ketua Polis Bangka Tengah, AKPBP Edison Ludy Bard dalam sidang media. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha


loading...
loading...

0 Response to "Ngeri!!! Kepala Ibu Ditetak Anak Kandung"

Catat Ulasan