SinarHairan

Kantoi!!! Pekerja Hotel Lima Bintang Cuci Cawan Guna Berus Tandas

loading...


CHINA - Tiga buah hotel terkemuka di timur laut China dipercayai gagal dalam pemeriksaan kebersihan asas selepas kakitangan pembersihannya dirakam menggunakan berus yang sama untuk mencuci tandas dan pinggan mangkuk, lapor media negara itu.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Video Pear pada Selasa adalah asli dan hotel-hotel tersebut telah diberi amaran untuk memastikan ia tidak berulang lagi dan ianya telah disahkan oleh pengawas perbandaran bagi kebersihan, pelancongan, makanan dan keselamatan dadah di Harbin, wilayah Heilongjiang.

Manakala tukang cuci di tiga hotel di bandar itu, Sheraton, Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan melanggar proses standard pembersihan hotel untuk bilik tetamu, menurut BeijingYouth Daily.

Difahamkan, pekerja pembersihan di Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan mencuci cawan bilik dengan berus tandas. Malah mereka juga membasuh tuala di tandas sebelum menggunakannya untuk membersihkan lantai.

Sementara itu tukang cuci di Sheraton pula telah dirakam menggunakan berus yang sama untuk membersihkan besen air dan tandas.

Menurut laporan, ketiga-tiga hotel itu telah mengadu mengenai beban kerja mereka yang berat.

Rakaman video tersebut diambil oleh wartawan Video Pear dengan kamera tersembunyi yang bekerja di hotel-hotel tersebut sebagai seorang pelatih.

Selain itu, harga bilik di ketiga-tiga hotel itu untuk satu malam adalah antara 700yuan hingga 2,700 yuan (AS$105 hinggga AS$410)

Pihak berkuasa bandar telah mengesahkan kesahihan laporan itu dan mengarahkan tiga hotel tersebut untuk menangani masalah ini selepas pemeriksaan bersama.

Kesemua hotel lima bintang Beijing telah melancarkan siasatan ke atas tuduhan cadar kotor.

Mereka juga didenda tetapi tidak memberikan butiran lanjut, menurut laporan.

Kempinski Harbin menerusi akaun media sosial rasmi melahirkan rasa kesal atas kejadian itu dan berjanji akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkanya daripada berlaku lagi.

Shangri-La Harbin pula dalam satu kenyataan berkata ia telah memulakan siasatan dalaman.

Katanya, "jika apa yang ditunjukkan dalam video berkenaan terbukti benar, ianya adalah satu pelanggaran serius standard kebersihan kami dan ia tidak dapat diterima sambil menambah hotel itu juga akan meningkatkan pemantauan kerja dan latihan kakitangan."

"Namun dalam pada masa yang sama, kami juga akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membolehkan semua langkah kebersihan dapat dilaksanakan dengan baik," jelasnya lagi.

Sehingga kini, hotel Sheraton belum memberi sebarang respons lagi terhadap dakwaan tersebut. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha










loading...
loading...

0 Response to "Kantoi!!! Pekerja Hotel Lima Bintang Cuci Cawan Guna Berus Tandas"

Catat Ulasan