SinarHairan

Beijing Bersubahat Dengan Pyongyang, Dakwa Trump

loading...


FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa berjaya 'menangkap' China yang masih bersekongkol dengan Korea Utara.

Menurut Trump, berhubung sekatan ekonomi janji yang dilontarkan Beijing ke atas Pyongyang jelas palsu selepas China didapati masih menjalankan urusan ekonomi melibatkan jual beli minyak dengan Korea Utara

Satelit perisikan mengeluarkan video yg dapat mengesan berlakunya 30 proses pemindahan minyak dari kapal milik China kepada kapal milik Korea Utara di sempadan perairan kedua-dua negara sejak Oktober lalu.

“Caught RED HANDED” adalah kenyataan Trump yang dipetik dari laman twitter-nya.

Trump menyatakan kekesalannya dengan China yang membenarkan minyaknya masuk ke Korea Utara, tiada lagi penyelesaian terbaik berdepan Korea Utara jika ini masih diteruskan.”

China menjelaskan persetujuan sekatan ekonomi ke atas Korea Utara oleh Beijing tidak melibatkan urusan minyak.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang berkata resolusi yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara telah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Beijing

"Sekali saya ingin ulangi bahawa China tegas dalam melaksanakan resolusi PBB.

"Situasi yang anda sebutkan benar-benar tidak wujud," jelasnya.

Setiausaha Negara Rex Tillerson menggesa Beijing untuk mengenakan sekatan konomi lebih tegas ke atas Pyongyang pada Khamis.

“Ia boleh dibuat lebih banyak lagi walaupon china telah melakukan beberapa larangan import dan sekatan,. “tulisnya di New York Times.

Sebagai tindak balas terhadap ujian peluru berpandu balistik antara benua baru-baru ini.Majlis Keselamatan PBB minggu lalu sebulat suara melaksanakan sekatan baru ke atas Korea Utara.

Resolusi PBB yang digubal Amerika Syarikat menetapkan hanya 500,000 tong setahun bertujuan melarang hamper 90 peratus eksport petroleum ditapis ke Korea Utara.

Majlis Keselamatan PBB akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyekat sepenuhnya minyak ke Pyongyang jika provokasi berterusan. Sumber: Astro Awani – Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Beijing Bersubahat Dengan Pyongyang, Dakwa Trump"

Catat Ulasan