loading...
KANADA: Temberang seorang wanita pecah selepas tindakannya membunuh rakannya sendiri gara-gara dengan sekeping gambar 'selfie' yang di muat naik di laman sosial Facebook miliknya.
Suspek yang dikenali sebagai Cheyenne Rose Antoine, 21, mengaku bersalah membunuh Brittney Gargol, 18, di Kanada dua tahun yang lalu.
Mangsa dikatakan telah ditemui dengan kesan cekik berdekatan dengan tempat pembuangan sampah di Saskatoon, Saskatchewan, dan turut dijumpai adalah seutas tali pinggang berdekatan mayatnya.
Menurut polis Kanada, mereka telah berjaya menjejak Antoine yang mana dia secara tidak sengaja telah mendedahkan dirinya apabila memuat naik gambar dia bersama mangsa.
Hasil daripada siasatan, pihak polis telah mengesan tali pinggang yang ditemui berdekatan mayat mangsa, sama seperti yang dipakai Antoine di dalam gambar berkenaan.
Gambar berkenaan dikatakan telah di muat naik oleh Antoine, enam jam sebelum berlakunya pembunuhan terbabit.
Bagaimanapun, selepas membunuh rakannya itu, Antoine dikatakan menulis mesej di halaman Facebook milik Gargol.
"Di manakah anda, belum mendengar berita daripada anda, harap anda selamat pulang.”
Difahamkan, mesej yang ditulis Antoine adalah bertujuan untuk mengelak dirinya menjadi suspek.
Namun, melalui gambar dan mesej tersebut, pihak penyiasat mula mengesan Antoine dan terus menjalankan siasatan lanjut.
Antoine mendakwa dia dan Gargol adalah sahabat baik di mana mereka sering minum sehingga mabuk, sebelum terlibat dalam satu pertengkaran.
Dalam hujah untuk mempertahankan dirinya di mahkamah, Antoine mengaku bahawa dia tidak ingat ketika mana dia mencekik Gargol, namun dia langsung tidak menafikan dakwaan bahawa dia telah membunuh rakannya itu.
"Saya tidak akan memaafkan diri saya,"kata Antoine dalam kenyataan yang dibacakan di dalam mahkamah. Sumber: Astro Awani , Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Wanita Kantoi Bunuh Rakan Selepas Muat Naik Status Facebook."
Catat Ulasan