loading...
Ketahuilah bahawa seorang wanita akan dapat menarik empat orang lelaki yang mereka sayangi ke neraka.
Lelaki adalah khalifah yang di lantik di muka bumi ini manakala wanita pula di cipta untuk berada di sampingnya.
Itulah fitrah pencipta yang Maha Esa, namun ramai di antara kita terlupa bahawa golongan isteri dan anak anak adalah penyebab kaki kita melangkah ke neraka.
Pertama:- Ayahnya
Lelaki pertama ke neraka adalah ayah. Tanggungjawab seorang ayah amatlah berat di mana dia bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang di pertanggungjawabkan oleh penciptanya.
Seseorang yang bergelar ayah akan di persoalkan akan segala dosa isterinya dan anak-anaknnya apabila seorang ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia ini di mana dia tidak memberi keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, hukum hakam halal haram serta membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
Maka, semua dosa anak gadisnya akan ditanggung oleh ayahnya.
Oleh itu, cintailah ayahmu hingga ke jannah dengan cara mematuhi segala perintah Allah S.W.T.
Kedua:- Suaminya
Lelaki kedua adalah suaminya. Dosa yang di lakukan oleh isterinya tercatat segalanya pada suami.
Pergaulan bebas isteri di pejabat, melaram bukan untuk suaminya, berbual mesra dengan ajnabi, memakai pakaian tidak menutup aurat dan lain lain lagi akan ditanggung oleh suami jika dia tidak berusaha untuk cuba menegur isterinya itu.
Di kala ini suami tidak mendidik isteri untuk bersolat, berpuasa dan mengaji, isterinya akan menariknya ke neraka walaupun suaminya telah ke syurga lebih awal darinya. Jikalau sayang kan suami mu, bina lah jalan ke syurga untuk dirinya juga bersama ayahmu.
Ketiga:- Saudara Lelakinya
Di kala terpejam mata ayah, segala amanah untuk menjaga maruah di pertanggungjawabkan kepada anak lelaki.
Di saat ini abang-abanglah orang yang terdekat yang akan mengambil alih tugas seorang ayah iaitu dengan menjaga maruah adik perempuannya, mendidik serta mengahwinkan adik perempuannya.
Namun jika semua ini tidak dipedulikan sama sekali, saudara lelakinya itu akan turut ditarik ke neraka bersama dengan yang lain.
Keempat:- Anak Lelakinya
Anak lelaki boleh menasihati ibunya secara berhemah dan berlemah-lembut ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Anak lelaki yang tidak berusaha menyebarkan mengenai Islam pada ibunya, dia menangung akan dosa ibunya, tetapi apabila dia berbicara kepada ibunya sehingga dia terasa hati, dosa itu lebih besar nilai nya di sisi Allah S.W.T.
Ingatlah murkanya ibu kita, maka murkalah Allah S.W.T kepada kita.
Kerana wanita ramai lelaki yang ke neraka. Wahai kaum hawa, kasihanilah ayahmu, saudara lelakimu, imammu, serta anak lelakimu.
Bersamalah kita menuju ke jannah dengan sentiasa melakukan amal ibadah dengan seikhlas hati dan taat pada perintah Allah s.w.t.
Bawalah cinta mu hingga ke pintu syurga Firdaus, jika cintamu itu adalah cinta sejati.
Editor : Amira

0 Response to "Kerana Wanita!!! Lelaki Ke Neraka"
Catat Ulasan