SinarHairan

Upah Warga Asing Untuk Kaut Keuntungan Lebih

loading...

RAWANG-Sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen berani menggajikan wanita warga asing sebagai GRO kerana ingin mengaut untung dengan cara yang mudah.

Sepasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor membuat serbuan ke atas pusat hiburan dua serentak pada awal hari ini.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor DSP Norhanizam Bahaman mengetuai Operasi Noda bersama tiga pegawai dan 15 anggota memeriksa hampir 20 pengunjung.

Kesalahan yang dapat ditangkap adalah tamat tempoh perjalanan dan tiada permit pekerjaan.

Pengawal Keselamatan yang terdiri daripada empat warga tempatan dan dua warga asing dari Indonesia dan Myanmar turut ditahan.

9 wanita GRO warga asing dari Thailand (7) dan Indonesia (2) yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an turut ditahan dalam serbuan tersebut. Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana


loading...
loading...

0 Response to "Upah Warga Asing Untuk Kaut Keuntungan Lebih"

Catat Ulasan