SinarHairan

18 Maut, 254 Cedera, Kereta Api Rempuh Trak

loading...

AFRIKA SELATAN: Seramai 18 orang awam maut manakala 254 lagi cedera parah apabila sebuah kereta api yang membawa penumpang merempuh trak yang berada di lintasan di Kroonstad sebelum terbakar semalam.

Kebakaran dikatakan bermula daripada satu gerabak kereta api yang tergelincir.

Dalam pada masa yang sama, kereta api terbabit dilaporkan dalam perjalanan dari Port Elizabeth untuk menghantar penumpang ke Johannesburg.

Seorang saksi dikenali dengan nama Tiaan Esterhuizen berkata, dia turut mencuba untuk menyelamatkan tiga wanita yang terperangkap dalam gerabak sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Tambahnya lagi, dia turut melihat 12 gerabak tergelincir dan satu daripadanya terbakar dan turut mendengar beberapa wanita menjerit untuk memohon bantuan.

"Dua daripada wanita terbabit kelihatan bertindih di antara satu sama lain manakala seorang lagi jauh ke belakang. Kakinya tersekat menyebabkan dia sukar bergerak dan seorang wanita memberitahu bahawa ada bayi di dalam gerabak” lapornya.

"Kami cuba mencari namun tidak menjumpai kanak-kanak yang dimaksudkan. Saya pasti anak kecil terbabit rentung dalam kebakaran," katanya kepada laman berita Times Live.

Pihak penyelamat segera bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam dan pihak berkuasa turut memberi amaran yang angka penumpang yang maut mungkin meningkat.

"Polis masih lagi menyiasat kes ini. Pemandu trak telah menyebabkan banyak nyawa melayang. Dia kini dibawa ke hospital untuk membuat ujian darah bagi mengesahkan sama ada dia mabuk atau tidak," kata Menteri Pengangkutan, Joe Maswanganyi kepada media di tempat kejadian.

Syarikat yang mengendalikan kereta api terbabit iaitu Shosholoza Meyl yang mengendalikan perkhidmatan tren jarak jauh di Afrika Selatan berkata, pengangkutan awam itu dikatakan bertembung dengan trak terbabit sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan. 

Katanya lagi, trak itu dikatakan melintas 'tidak mengikut jadual' di landasan apabila dilanggar kereta api laju terbabit di antara bandar Hennenman, sejauh 200 kilometer di barat daya Johannesburg.

Satu daripada gerabak yang tergelincir merupakan penjana kuasa yang menjadi punca cepatnya api merebak dan difahamkan seramai 429 penumpang menaiki kereta api terbabit.

Dalam laporan terbaru, Pemangku ketua eksekutif Agensi Kereta Api Penumpang Afrika Selatan, Mthuthuzeli Swartz, mengesahkan bahawa seramai 18 penumpang terbunuh manakala 254 lagi cedera. Sumber: AFP, Editor: Amira



loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "18 Maut, 254 Cedera, Kereta Api Rempuh Trak"

Catat Ulasan