SinarHairan

Tema Perkahwinan Unik Hello Kitty Dan Doreamon

loading...

Menjadi pengantin yang bergaya adalah impian setiap pasangan yang akan berkahwin.

Begitu juga dengan tema perkahwinan dimana pengantin mahukan kelainan kerana mahu menjadikan majlis mereka  satu kenangan yang pastinya sukar untuk di lupakan.

Baru-baru ini satu majlis perkahwinan di Meru, Klang telah menjadi perhatian ramai kerana memilih tema yang unik dan menarik dari pintu masuk hingga ke pelamin.

Ianya berbeza dengan majlis perkahwinan sebelum ini dimana tetamu tidak sabar menunggu pengantin untuk bergambar sebagai kenangan.


Ketika ditemui oleh mStar Online pengantin lelaki yang bernama Saiful Nizam Hassan, 35 berkata tujuan mereka mengadakan majlis itu memang untuk membuat orang ramai gembira.

“Kami turun saja dari pelamin, dah ramai yang nak naik. Rupa-rupanya ramai dah tak sabar tunggu pengantin turun. Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin.

“Ni penangan pelamin Doraemon dan Hello Kitty. Tapi kami okay saja, memang itu tujuan majlis perkahwinan dibuat untuk pastikan semua orang gembira,” kata pengantin lelaki


Pasangan Saiful Nizam Hassan dan Nur Sakeena Kamarol Zaman, 24, menjadi tular kerana memilih tema perkahwinan yang diinspirasikan dari kartun Doraemon dan Hello Kitty hasil.

Tema itu adalah hasil perancang perkahwinan dan fotografi Seriheza.

Tema kartun itu menghiasi majlis pernikahan dan persandingan pada sabtu dan ahad minggu lepas.

Selain pelamin, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar ‘photo booth’, dua watak kartun popular dari Jepun itu turut menghiasi barangan hantaran kedua-dua pengantin.





Selain itu, kad jemputan, dua basikal dan dua motosikal serta cenderamata buat tetamu termasuk gelang emas untuk acara batal air sembahyang turut berinspirasikan kartun itu.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2011 dan telah menjalinkan hubungan yang serius sejak tiga tahun yang lalu.

Mereka mengakui pada awal perkenalan tidak mengetahui minat masing-masing terhadap kartun Jepun itu dan suka mengumpul koleksi berinspirasikan kartun tersebut.

“Bila dah lama kenal, baru saya tahu Sakeena minat Hello Kitty dan dia tahu saya minat Doraemon. Minat kartun ni merapatkan lagi hubungan kami.

“Jadi, dua minat ini disatukan sebagai idea untuk majlis meraikan kami sebagai suami isteri dengan kerjasama perancang perkahwinan,” katanya.

Saiful turut berkata pada awalnya merancang untuk memakai baju pengantin yang diinspirasikan daripada dua kartun tersebut namun terpaksa dibatalkan hasrat tersebut kerana gagal menemui kain yang bercorak doraemon yang sesuai dibuat baju pengantin.

“Kami juga patut hiaskan koleksi peribadi seperti patung mainan Doramon dan Hello Kitty di majlis perkahwinan tetapi berisiko ia akan hilang.

“Jadi, kami serahkan kepada perancang perkahwinan untuk menghiasinya. Alhamdulillah, hasilnya cantik dan menarik perhatian tetamu,” kata Saiful yang sehingga kini masih menyimpan hadiah permainan Doraemon pemberian arwah ibu lebih 20 tahun lalu. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana



loading...
loading...

0 Response to "Tema Perkahwinan Unik Hello Kitty Dan Doreamon"

Catat Ulasan