loading...
Sebagai suami isteri, sifat tanggungjawab dan setia kepada pasangan masing-masing haruslah sentiasa diamalkan tanpa mengambil kira seberapa banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi.
Kebiasaanya, kita sering mendengar mengenai sifat suami yang dikatakan tidak mampu bertanggungjawab namun jarang sekali kita mendengar kisah isteri yang berbuat sedemikian.
Kita sering sahaja melihat wanita suka mendedahkan keburukan si suami ke laman sosial di mana mereka sering sahaja menceritakan perbuatan suami yang berlaku curang.
Namun, untuk lelaki berbuat sedemikian dianggap kurang di mana mereka jarang memaparkan kisah yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka.
Baru-baru ini menerusi laman sensasi buat suami isteri iaitu Kisah Rumah Tangga, di mana seorang wanita yang identitinya tidak diketahui mendedahkan satu cerita yang berlaku kepadanya.
Wanita terbabit memulakan cerita dengan memberitahu bahawa suaminya telah terlibat dalam satu kemalangan sehingga suaminya itu lumpuh.
“Macam ni kisahnya suami saya lumpuh sebab kemalangan motor selepas pulang kerja 3 tahun yang lepas.”
“Selepas suami lumpuh saya yang buat semua kerja, siang kerja malam pula urus suami dan seorang anak berumur 7 tahun.”
Namun apa yang mengejutkan adalah wanita terbabit mendakwa bahawa dia sudah tidak tahan menghadapi dugaan sebegini di mana turut menyatakan bahawa dia berasa sangat letih kerana hanya dia seorang sahaja yang membuat semua kerja.
Dalam pada masa yang sama, dia juga turut memberitahu bahawa dia sekarang telah berlaku curang di belakang suaminya yang lumpuh itu.
“Di tempat kerja saya ada seorang duda yang baik dan kami bercinta selama 6 bulan. Duda itu berjanji akan jaga saya dan anak saya kalau saya bercerai dengan suami.”
Ini jelas menunjukkan bahawa wanita terbabit mula berniat untuk meninggalkan suaminya yang sakit itu namun dalam pada masa yang sama juga dia tidak sampai hati untuk melakukan perkara sedemikian.
Rata-rata netizen memberikan maklum balas berbentuk sindiran kerana tidak menyangka bahawa wanita terbabit berbuat sedemikian walaupun dia tahu bahawa suaminya itu lumpuh.
Sepatutnya sebagai seorang isteri, berilah sokongan yang padu kepada suami yang sedang dalam kesakitan supaya dia dapat tetap berdiri untuk kebahagiaan keluarganya.
Benarlah kata pepatah ‘isteri akan diuji ketika hidup di dalam kesusahan manakala suami pula akan diuji ketika hidup dalam kemewahan.’ Sumber: Kecoh.info, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja."
Catat Ulasan