SinarHairan

Perniaga Kosmetik Kecantikan Menjadi Tumpuan

loading...


JUALAN  produk kecantikan khas untuk kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lalu sangat memerangsangkan, sekali gus menunjukkan semakin lagi ramai mula menggunakan alat solek pada usia terlalu muda.

Mengikut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

Syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar, jualan alat solek khas kanak-kanak meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

"Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh lelaki dan juga kanak-kanak," kata pegawai SK Planet.

Kajian dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan. Sumber: BERNAMA - Editor: Amylea Nazrul


loading...
loading...

0 Response to "Perniaga Kosmetik Kecantikan Menjadi Tumpuan"

Catat Ulasan