loading...
SANDAKAN - Seorang pemandu ditahan oleh polis kerana didapati membawa 152 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM12,000 dalam pemeriksaan di Kilometer 52, semalam.
Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Sandakan menjalankan sekatan jalan raya, sebelum menahan sebuah kereta jenis PROTON Iswara dipandu suspek dalam kejadian 2 petang.
Tiga paket plastik jernih berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis Methamphetamine atau syabu ditemui dalam beg yang diletakkan pada alas kaki tempat duduk penumpang.
“Hasil pemeriksaan air kencing suspek berumur 39 tahun dari Lahad Datu itu, didapati dia negatif dadah.” Kata Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek
Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak polis berkata, suspek berjaya ditangkap kerana hasil bantuan orang awam yang bekerjasama memberi maklumat.
Selain itu terdapat kes lain yang melibatkan seorang lelaki ditahan kerana memiliki 67 gram syabu dianggar bernilai RM5,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mangkalinau Batu 3, di sini, Isnin lalu.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
Sumber: Berita Harian , Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "Dadah Ditemui Dalam Kereta Proton Iswara"
Catat Ulasan