SinarHairan

Tragedi Langgar Tembok Tol Batu Tiga

loading...

SHAH ALAM: Dua sahabat maut manakala seorang lagi parah apabila Perodua Kancil dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar tembok di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam yang sudah tidak beroperasi, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu Muhammad Azri dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok di plaza tol berkenaan.

"Rempuhan itu menyebabkan dua penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kereta berkenaan dan parah pada beberapa bahagian badan," katanya.

Dalam kejadian 6.36 pagi itu, mangsa, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya' Baniah Norhisham, 22, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di badan.

Manakala, pemandu kereta itu, Muhammad Azri Dahalan Jamit, 23, yang juga abang kepada Muhammad Azki sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Kata Shafien, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan mencari saksi bebas bagi membantu siasatan. Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Tragedi Langgar Tembok Tol Batu Tiga"

Catat Ulasan