loading...
Dua anggota trafik telah memberi bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kereta, namun berakhir dengan tragedi apabila cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan CTA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, susur masuk ke Hotel Sama-Sama, pada pagi rabu.
Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, pada kejadian 6.45 pagi itu melibatkan dua anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis (IPD) KLIA Abd Mutalip Ismail, 40, dan Suzaili Mohd Marzuki, cedera di kepala dan badan.
Ketika kejadian berlaku dua anggota trafik yang berpangkat Lans Koperal berkenaan sedang memberi bantuan kepada kenderaan Suzuki Swift milik orang awam yang mengalami kerosakan di bahu jalan.
Sebuah van telah merempuh belakang kereta berkenaan secara tiba-tiba menyebabkan kereta itu bergerak ke hadapan dan melanggar anggota trafik tersebut.
”Akibat kemalangan itu, Suzaili mengalami kecederaan pada kepala manakala Abdul Mutalip cedera ringan pada badan dan dibawa ke Hospital Putrajaya dengan bantuan ambulans untuk rawatan lanjut.” Kata Zulkifli.
Menurutnya, kedua-dua anggota berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Pemandu van berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sumber : Hmetro , Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "Tragedi Beri Bantuan"
Catat Ulasan