SinarHairan

Sedih...Bayi Di Bunuh Ibu Sendiri

loading...
   

Mahkamah telah melaporkan seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan telah dibunuh oleh ibunya  selepas satu jam 20 minit dibiarkan bersendirian oleh seorang penjaganya.

Mahkamah Preston Crown berkata Jennifer Crichton, 35 dipercayai telah melakukan keganasan terhadap anak perempuannya Amelia hingga bayi itu mengalami kecederaan otak traumatik yang mengakibatkan kematiannya pada April tahun lalu.

Wanita itu didakwa telah menyerang Amelia di rumahnya di Leyland, Lancashire selepas dibiarkan sendirian oleh pekerja perkhidmatan penjagaan sosial yang telah membantu memberi penjagaan kepada bayi itu.

Hakim memberitahu Crichton memanggil 999 selepas satu jam 20 minit penjaga itu pergi dengan mengatakan Amelia telah mengalamai kecederaan.

Crichton menafikan pembunuhan Amelia dengan mengatakan ia adalah kecederaan yang tidak disengajakan.

Bayi yang dalam keadaan cedera parah dan tidak berdaya itu dihantar ke Hospital Royal Preston dan dipindahkan ke unit pakar di Royal Children's Hospital.

Sistem sokongan hidupnya dimatikan dua hari kemudian.

Menurut sumber Christopher Tehrani, QC, Jennifer Crichton didakwa menimbulkan kecederaan yang menyebabkan kematian Amelia kerana Amelia tiba-tiba rebah ketika berada di bawah penjagaan ibunya dan tiada orang lain ketika itu.

"Sekiranya terdapat suspek lain ketika itu yang harus bertanggungjawab ke atas Amelia sudah pasti Jennifer Crichton sudah mengatakannya."



"Terutama apabila doktor berjuang keras untuk menyelamatkan nyawa Amelia atau selepas kematian Amelia dan dia disyaki membunuh bayi yang tidak berdaya yang merupakan anak perempuannya." Kata Christopher Tehrani

Mahkamah melaporkan pada malam sebelum kematiannya, penjaga Amelia meminta Crichton untuk mengambil alih penjagaan Amelia.

Tehrani memberitahu mahkamah bahawa penjaga itu meninggalkan Amelia pada jam 11 pagi pada 18 April kemudian Chricton menelefon ambulans pada jam 12.20 untuk memberitahu mengenai Amelia.

Dia memberi akuan tentang apa yang berlaku dengan mengatakan dia telah meletakkan Amelia di atas kerusi bayi yang melantun apabila bayi itu muntah sebelum menjadi lemas dan tidak bermaya.

Kemudian dia mendakwa telah memberi sesudu teh kepada Amelia apabila mendengar jeritan yang kuat kemudian bayi itu mengeras.

Perunding pakar patologi neuro menyimpulkan bahawa kerosakan kepada otak itu adalah akibat dari gegaran yang dialami Amelia. Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Sedih...Bayi Di Bunuh Ibu Sendiri"

Catat Ulasan