loading...
KEDAH - Polis telah menahan seorang pemandu lori syarikat konsesi berusia 47 tahun tengah hari semalam kerana dipercayai merogol dua anak tirinya berusia 13 dan 15 tahun di rumah mereka di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak Disember tahun lalu.
Isterinya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) semalam, selepas dia melihat sendiri perbuatan terkutuk dilakukan suspek di dalam bilik tidur mereka.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, berdasarkan laporan pengadu, suspek dikatakan merogol kedua-dua anak mereka sejak Disember 2017.
Malah katanya, suspek turut mengugut supaya kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa.
"Kedua-dua mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek walaupun pada mulanya ibu mereka tidak mempercayai cerita disampaikan.
"Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” katanya.
Ketika suspek sedang memandu lori sekitar Amanjaya, Sungai Petani sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah berjaya menahannya dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
"Suspek kemudian direman sehingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya Sumber:Mymetro , Editor:Farhana
loading...
loading...
Related Posts :
Sekitar harijadi Jep yang romantik dari Sari Yanti (11 gambar)Pada: Sabtu, 8 April 2017
Gambar Artis, Jep Sepah, Pelakon, Pelawak, Sambutan Hari Jadi, Sari Yanti, Suami Isteri,
Tag : Gambar … Read More...
Remaja Perempuan 17 Tahun Dan Teman Lelaki Pukul Datuk Dan Nenak Hingga Maut.… Read More...
Remaja 14 Tahun Dirogol Pemandu Teksi Berkopiah.… Read More...
Perhatian Yang Sedang Jiwa Kacau! Ketenangan Itu Tidak Wujud Di mana-mana, Tapi Ia Berada Di Dalam HatiApabila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai tentu hati kita berdetik; alangkah bahagianya kalau dapat pergi atau tingg… Read More...
Nauzubillah Min Zalik! Inilah Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat
Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…
… Read More...
0 Response to "Pilu Hati Si Ibu Melihat Anak Diratah Bapa Tiri"
Catat Ulasan