SinarHairan

"Pakar Fb" Punca Penceraian Masa Kini?

loading...

HULU TERENGGANU: Laman sosial pada zaman kini yang dikatakan sebagai alternatif penyelesaian masalah lebih banyak meninggalkan implikasi negatif berbanding positif.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.

Apabila kita mendedahkan masalah yang kita hadapi kepada pihak umum, mungkin ada pihak yang membantu namun lebih ramai yang mengambil kesempatan di atas kesusahan yang kita alami.

Jailani berkata, tindakan meluahkan masalah di laman sosial seperti facebook akan mengundang padah dan antara salah satunya adalah berlakunya penceraian antara suami isteri.

Banyak medium yang boleh dijadikan tempat menyelesaikan masalah seperti berjumpa kaunseling.

Jailani berkata pada zaman yang moden ini, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan sensitif setiap kali memuat naik status di laman sosial.

Orang ramai perlu ada sikap ambil peduli dengan setiap luahan yang dipaparkan bagi mengelakkan kehancuran hubungan kekeluargaan.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd pernah berkata penggunaan penggunaan media sosial dengan cara yang negatif boleh menjurus kepada faktor penceraian. Sumber:AstroAwani , Editor:Farhana

loading...
loading...

0 Response to ""Pakar Fb" Punca Penceraian Masa Kini?"

Catat Ulasan