loading...
ALOR SETAR: Baru-baru kecoh di media sosial apabila pihak berkuasa berjaya menangkap seorang remaja lelaki yang menyamar sebagai hantu pocong di sekitar Bukit Pinang, Alor Setar pada Jumaat yang lalu.
Namun, remaja itu yang berjaya ditahan dikatakan telah insaf dengan perbuatannya itu dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.
“Kami taubat dan insaf serta tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini selepas niat mulanya ingin menakutkan budak yang pulang dari mengaji dan rakan melepak di taman bertukar sebaliknya apabila ditahan polis dan didenda melompat seperti hantu pocong."
Remaja tersebut yang dikenali sebagai Mohd Imran Mohammad, 16, dikatakan telah menyamar menyamar menjadi hantu pocong sekadar suka-suka untuk menakutkan orang ramai bersama rakannya.
Bagaimanapun, tindakannya itu tidak kesampaian selepas dia ditahan pihak polis yang sedang membuat rondaan di Bukit Pinang, Alor Setar, Jumaat lalu sehingga ianya tular di media sosial.
Imran memberitahu bahawa idea untuk menyamar itu datang daripada rakannya, Muhammad Eyzani Johari, 18, sebelum dirinya dibalut dengan menggunakan selimut bersama dua lagi rakannya, Muhammad Ramadhan Fitri Shuib, 15, dan Nabil Asyraf Hussain, 14.
Tambahnya lagi, rakan-rakannya itu telah membalut dirinya seperti pocong di sebuah tempat simpan getah di Kampung Padang Kunyit, Bukit Pinang.
"Selesai dibalut seperti hantu pocong kami terus menaiki dua motosikal di mana Eyzani yang menunggang motosikal sementara saya membonceng."
"Kami kemudian terus meronda kampung dengan niat ingin menakutkan budak-budak yang pulang dari mengaji," katanya.
"Saya kemudian dibawa ke pekan Bukit Pinang sebelum didenda kira-kira 15 minit melompat seperti hantu pocong."
"Perasaan ketika itu sangat malu tambahan kami langsung tidak sempat mengusik sesiapa sepanjang menyamar itu," katanya.
Difahamkan, kejadian sebegini adalah kejadian yang pertama dilakukannya namun hasrat mereka itu tidak kesampaian selepas mereka ditahan.
Walaubagaimanapun, mereka semua telah dibebaskan pada pukul 1 pagi sebaik sahaja mendapat nasihat daripada pihak polis untuk tidak mengulangi perbuatan ini lagi.
"Polis menasihatkan kami supaya tidak mengulangi perbuatan ini kerana membahayakan nyawa orang lain jika ada yang mengalami masalah sakit jantung."
"Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini kerana sudah serik selepas ditahan polis," katanya.
Menurut rakan kepada remaja terbabit yang dikenali sebagai Eyzani, dia memberitahu bahawa idea tersebut datang tanpa diduga dan tidak menyangka bahawa Imran akan menawarkan diri untuk menyamar menjadi pocong.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan kesemua mereka yang ditahan itu telah diberikan nasihat sebelum dibebaskan.
"Kita mendapati perbuatan mereka itu hanya budak-budak nakal dan tiada niat untuk melakukan jenayah mencuri atau sebagainya," katanya. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "'Kami Dah Taubat Dan Insaf' - Pocong"
Catat Ulasan