SinarHairan

Gadis Berusia 7 Tahun Dirogol, Dicekik Hingga Mati Dan Majasadnya Dihumban Dalam Timbunan Sampah.

loading...

PAKISTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang kini telah berjaya dirungkai mengenai misteri kehilangannya itu apabila mayatnya ditemui dalam timbunan sampah pada Selasa lepas.

Kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu dilaporkan hilang apabila gagal dikesan oleh keluarga mangsa.

Perkara yang paling menyedihkan adalah terdapat beberapa tanda-tanda mangsa telah dirogol, dan di cekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban ke dalam timbunan sampah.

Mangsa, Zainab Ansari dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk mengaji Al-Quran.

Namun, perkara yang menyedihkan ini adalah apabila bukan dirinya yang sedang bernyawa ditemui, namun sekujur tubuh yang tidak lagi bernafas ditemui iaitu kira-kira dua kilometer daripada rumahnya.

Berdasarkan laporan yang dilaporkan, ini bukanlah kali pertama perkara sebegini berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis Kasur turut mengesahkan bahawa terdapat 12 kes pembunuhan yang hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripada mangsa juga turut disyaki dilakukan oleh suspek yang sama yang sehingga kini masih lagi gagal ditahan.

Pihak polis juga turut mengambil sampel DNA daripada 90 orang suspek yang mereka kehendaki.

Solidariti untuk Zainab

Kematian Zainab telah mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya.

Rata-rata daripada mereka sangat kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal untuk menangani kes sebegini.

Akibat daripada perkara itu, satu rusuhan turut dibuat oleh orang ramai yang berang dengan pihak berkuasa tempatan.

Rusuhan itu telah melibatkan kehilangan nyawa apabila dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Keluarga kanak-kanak malang itu juga turut menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil daripada usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.

Rakaman tersebut juga menunjukkan seorang lelaki telah memimpin tangan Zainab sebelum dia dibunuh dan perkara tersebut telah tersebar di media sosial.

Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab ini juga turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Menerusi #JusticeforZainab, orang ramai menuntut supaya penahanan segera dilakukan untuk menangkap penjenayah itu.

Perkara ini juga turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kriket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.

Kisah ke-2


AMERIKA SYARIKAT: Seorang ibu dipenjara selama 22 tahun selepas dia mengaku salah menyebabkan kematian anak perempuannya.

Suspek dikatakan telah membunuh anak perempuannya yang berusia lima tahun sebelum menyorok mayat mangsa di restoran miliknya dan suami.

Suspek, Mingming Chen, 30, merupakan pendatang tanpa izin dari China.

Pada awalnya dia didakwa atas tuduhan bunuh, tetapi bersetuju mengaku salah selepas tuduhan terhadapnya diringankan.

Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut mengaku atas tuduhan mengganggu bahan bukti, merosakkan mayat, membahayakan kanak-kanak serta mengganggu proses keadilan.

Mangsa yang dikenali sebagai Ashley Zhao, didapati mati dan disorok dalam restoran keluarga itu, Ang’s Asian Cuisine, di Canton, Ohio, selepas dilaporkan hilang pada Januari lalu.

Laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit telah mencetuskan usaha pencarian secara besar-besaran.

Walaubagaimanapun, mayatnya ditemui sehari kemudian apabila ditemui di dalam restoran berkenaan, berhampiran peti sejuk beku premis itu.

Ibu bapanya terus ditahan selepas itu.

Pihak berkuasa tempatan mendakwa suspek telah memukul mangsa berulang kali sehingga telah menyebabkan kecederaan otak sebelum suaminya Liang Zhao berusaha menyedarkan mangsa.

Namun apabila mangsa masih tidak sedarkan diri, suaminya telah membantu suspek untuk menyembunyikan mayat itu.

Menurut Pendakwa Daerah, Mingming dikatakan tidak berniat untuk membunuh anaknya, sebaliknya kejadian itu adalah satu tragedi akibat kemarahan melampaunya yang sukar untuk merapatkan diri dengan anak perempuannya sendiri.

Berdasarkan laporan Peguam bela, Richard Drucker, anak guamnya itu menyatakan rasa bersalah dan mengaku bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Jika perbicaraan diteruskan, mahkamah pasti diberikan bukti bahawa Zhao sebenarnya sering bertindak ganas terhadap Ashley serta Mingming seterusnya bererti dia secara tidak langsung juga bertanggungjawab atas kematian mangsa,” katanya.

Mingming segera menghadapi tuduhan di mana dia telah dipenjara selama 12 tahun selepas mengaku salah awal tahun ini.

Dia didapati bersalah selepas mengganggu proses keadilan serta merosakkan mayat, mengganggu bahan bukti dan membahayakan kanak-kanak selain bersetuju memberi keterangan terhadap isterinya untuk tuduhan bunuh terhadapnya digugurkan.

Dalam pada masa yang sama, Mingming turut memohon suaka di Amerika pada 2009 mendakwa ditindas kerajaan China sebagai pengikut Falun Gong, tetapi ditolak dua kali.

Suspek juga berkemungkinan akan diusir pulang ke negara asalnya sebaik sahaja hukuman ditamatkan. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Gadis Berusia 7 Tahun Dirogol, Dicekik Hingga Mati Dan Majasadnya Dihumban Dalam Timbunan Sampah."

Catat Ulasan