loading...
Farah Nabila yang dikenali sebagai seorang pelakon telah disalah anggap oleh netizen apabila ada yang menyangka pelakon itu telah menyertai parti politik gara-gara dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN).
Saya terima banyak mesej peribadi yang bertanya "eh join politik pulak ker?" kata Farah
Farah Nabilah atau Fawaa menerusi Instastorynya berkata dia dipanggil untuk berkongsi tentang ‘women emporment’ dan tiada kena mengena dengan politik.
Sahabat puteri BN seluruh negara menghadiri majlis pelancaran Azalea 2018 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu 20 Januari.
Farah berkata, selain beliau penyanyi Fyn Jamal turut menjadi salah seorang artis jemputan untuk pengisian program tersebut. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "Farah Nabilah Disangka Sertai Barisan Nasional"
Catat Ulasan