SinarHairan

Dua Mayat Bayi Ditemui Dibeku Hidup-Hidup

loading...

UKRAINE - Dua mayat bayi yang dibekukan hidup-hidup oleh ibunya ditemui di sebuah rumah di Ukraine.

Difahamkan, kedua-dua mayat bayi itu ditemui di dalam sebuah penyejuk beku di dapur rumah wanita berkenaan, lapor pihak polis.

Berikutan seorang wanita yang berusia 34 tahun yang bergegas ke hospital di wilayah Kirovohrad itu punca penemuan tersebut.

Manakala wanita itu dalam keadaan uzur selepas melahirkan anak di rumah, kata pihak polis lagi.

Bagaimanapun wanita berkenaan dikatakan enggan menjelaskan kepada pihak doktor apabila ditanya mengenai bayi itu.

Ekoran itu, pegawai perubatan kemudiannya pergi ke rumah wanita terbabit dan telah menemui mayat bayi yang dibekukan di dalam penyejuk beku.

Dalam pada itu, mereka turut menemui satu bayi lagi yang dilahirkan kira-kira setahun lalu, menurut laporan.

Dan mereka percaya kedua-dua bayi itu telah 'dibekukan hidup-hidup'.

Pihak polis juga telah menjalankan siasatan terhadap pembunuhan bayi yang baru lahir itu.

Namun dimaklumkan bahawa pakar forensik masih lagi menjalankan pemeriksaan sama ada kedua-dua bayi itu masih hidup sebelum dibekukan.

Dimaklumkan bahawa wanita itu kini sedang menjalani rawatan di hospital. Sumber: Daily Mirror. Editor: Atila Atasha



loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Dua Mayat Bayi Ditemui Dibeku Hidup-Hidup"

Catat Ulasan