loading...
Lelaki itu yang dikenali dengan nama Yunan,35 berasa dari Kecamatan Buaran Kabupaten Pekalongan. Manakala wanita itu dikenali sebagai Dr, 24 warga Ambukembang, Kedungwuni, Pekalongan.
Kes ini bermotifkan cemburu yang terlampau. Pada waktu siang 14.1 , suspek dikatakan datang ke rumah mangsa di Desa Ambukembang, Kedungwuni, kemudiannya menyimbah mangsa menggunakan cecair seperti bahan bakar ke arah mangsa lalu membakarnya.
"Lelaki ini datang ke rumah Dr. Suspek menyerahkan kad board kepada mangsa.Kemudian suspek kembali ke arah motosikalnya untuk mengambil botol yang berisi minyak," kata Saim penduduk kawasan itu.
Semasa mengambil botol yang dipercayai berisi bahan bakar itu, suspek kemudian kembali ke arah mangsa lalu menyimbah cecair itu.
"Selepas cecair bahan mudah terbakar itu disimbah ke arah Dr, suspek juga terkena cecair itu. Pada masa yang sama dia menyalakan api dan segera membakar, "kata Saim.
Menurut Saim, penduduk yang terdengar jeritan itu mendapati kedua-dua mereka telah terbakar. Penduduk segera cuba memadamkan kebakaran itu.
"Dr segera dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala penduduk masih cuba memadamkan api ke atas suspek ," katanya.
Selepas kebakaran yang membakar mangsa berjaya dipadamkan , pegawai dari Kedungwuni Sektor kemudiannya membawa suspek kepada RSI Pekajangan. Suspek juga melecur akibat api menyambar ke arah tubuh nya.
"Masih ada beberapa botol yang berisi cecair mudah terbakar itu pada motor yang sama dan tiga buah pemetik api," kata Saim.
Akibat dari kejadian itu , mangsa terbakar di tangan, badan dan kedua-dua belah kakinya. Suspek hanya mengalami lecur di badan,tangan dan kaki.
Menurut beberapa maklumat yang telah dikumpulkan pegawai, motif kes ini adalah cemburu terhadap mangsa.
"Suspek yang cemburu terhadap mangsa ,gara-gara cintanya ditolak dan mangsa tidak mahu menjalinkan hubungan dengan suspek lagi," katanya. Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "4 Gambar Lelaki Bakar Diri Depan Kekasih Kerana Cinta Ditolak"
Catat Ulasan