loading...
Azhan Rani
Azhan berkata dia sentiasa bersedia dan tiada masalah pun untuknya menerima kecaman penonton memandangkan karakter Ustaz Hamadi itu membabitkan 'penunggang agama'.
"Sebenarnya, tanpa tayangan semula drama Nur dan Nur 2 di TV3 sekarang pun, watak Ustaz Hamadi itu masih tetap dikecam. Jadi, bila ditayang lagi pada Ramadan ini, faham-faham sajalah.
"Rasanya, watak itu memang dicipta untuk kecaman abadi. Sebabnya, di mana-mana saya pergi pun hingga kini masih melekat dengan panggilan Ustaz Hamadi.
"Walaupun dah hampir empat tahun usia drama Nur ini diterbitkan, sampai sekarang orang tetap panggil saya Ustaz Hamadi. Mereka nampak benci sangat pada watak itu, tapi saya tahu ramai yang suka dengan lakonan dipersembahkan itu," katanya.Mengakui watak Ustaz Hamadi memang sesuai untuk dikecam, Azhan berkata dia juga tidak menduga drama berkenaan masih mampu 'trending' di TV lagi
"Apa yang saya tahu, episod pertama drama Nur mula ditayangkan TV3 pada 21 April lalu berjaya 'trending'. Alhamdulillah, jika benar saya sangat terharu.
"Bagi saya, ia satu petanda yang baik. Saya bersyukur kerana drama ini masih mampu menarik perhatian penonton walaupun diulang siar," katanya berterima kasih.
Drama Nur dan Nur 2 disiarkan semula TV3 untuk slot Samarinda dijangka sehingga Aidilfitri nanti berikutan aktiviti penggambaran drama baru diberhenti serta-merta kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu.
Diarahkan Shahrulezad, drama ini berjaya membawa impak besar kepada penonton sepanjang tayangannya kerana mesej yang diketengahkan termasuk lakonan mantap dan berkesan.
Selain Azhan, drama Nur dan Nur 2 dibintangi pelakon seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.
-myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#TERKESAN ~ 'Watak Ustaz Hamadi kecaman abadi' - Azhan"
Catat Ulasan