loading...
Pelakon Datin Diana Danielle menyatakan kebimbangannya terhadap keputusan kerajaan untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan mengumumkan perkara tersebut selepas mendengar rungutan daripada sesetengah pihak.
Menurut artis berusia 28 tahun itu, tidak semua orang akan jujur untuk memaklumkan keadaan kesihatan mereka tambahan pula tidak semua pembawa virus Covid-19 menunjukkan simptom seperti demam, batuk atau selsema.
“Anda membuka ruang kepada masyarakat untuk mencipta lagi satu kluster dan seterusnya apa?
“Sedangkan di hospital pun orang bergejala tidak jujur, inikan pula di kedai gunting rambut.
“Selepas ini, kita akan mendengar kes-kes (baharu) yang menyebabkan PKP terpaksa dilanjutkan lagi kepada dua minggu lagi kemudian empat minggu kemudian enam minggu sehinggalah kita semua kebuluran hanya kerana ada sesetengah pihak yang mahu menggunting rambut,” luahnya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.Beliau turut mencadangkan supaya golongan yang mahu menggunting rambut untuk melakukannya di rumah sahaja.
“Buat sementara waktu, gunting sikit-sikit di rumah sahaja.
“Senget-benget tidak mengapa kerana paling tidak abang Grabfood sahaja yang nampak.
“Habis PKP mintalah ane tu potong macam Bekham ke Ronaldo ke gorilla ke,” katanya lagi.Kebimbangan Diana dan orang ramai termasuk pengamal perubatan adalah berasas kerana penularan wabak Covid-19 sukar dibendung di kedai-kedai gunting rambut.
Ini kerana selain penjarakan sosial, tahap kebersihan dan keselamatan pelanggan, tukang gunting dan peralatan yang digunakan juga tidak dapat dijamin.
credit
loading...
loading...
0 Response to "#COVID19 ~ Jangan sebab gunting rambut, kita semua terpaksa kebulur! - Diana Danielle"
Catat Ulasan