loading...
PENYANYI popular, Ernie Zakri (gambar) menangis apabila dapat mengutip dana RM13,000 dalam tempoh empat hari menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Serantau Muslim.
Perkara itu dikongsi penyanyi, Syamel yang juga bersama-sama Ernie dalam usaha mereka membantu golongan memerlukan dan barisan hadapan menerusi sesi secara langsung An Hour With Bang Mel & Kak Ninie di Instagram, semalam.
“Seperti dikongsikan sebelum ini, idea ini datang daripada Syamel. Disebabkan perkara ini sangat baik dan dapat membantu banyak pihak, saya bersetuju untuk buat.
“Alhamdulillah, dengan bantuan rakan media dan rakan artis yang memuat naik di Instagram membuatkan usaha ini mendapat perhatian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua penderma.
“Siapa pun anda, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda. Semoga dengan sumbangan yang ada ini dapat membantu golongan sasaran kami,” katanya kepada Harian Metro.
“Bagi yang ingin terus menyumbang, boleh terus ke laman web BeriSedekah.com. Saya percaya, ada ramai lagi yang memerlukan ditambah pula kita sudah menghampiri bulan Ramadan.
“Mungkin ini kesempatan terbaik kita untuk meringankan beban mereka. Terima kasih juga pihak Serantau Muslim yang memberikan sokongan untuk kami menjayakan misi ini,” katanya
-myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#PRIHATIN ~ Ernie Zakri menangis dapat kumpul RM13,000"
Catat Ulasan