loading...
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah:
- Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
- Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
- Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
- Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut:
- Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
- Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.
CARA MEMOHON
Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.
Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.
loading...
loading...
0 Response to "Bantuan Prihatin: Program Subsidi Upah RM600 Kekal, Dinaikkan Ke RM800 Dan RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja Dan Majikan"
Catat Ulasan