loading...
Sebuah lagi pusat kuarantin bakal dibuka di Dewan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dalam masa terdekat berkapasiti hampir 180 orang pesakit yang menghadapi gejala ringan tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Pusat kuarantin dibuka di Dewan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Kerajaan negeri Sabah telah mengenal pasti pusat kuarantin sebagai persediaan untuk menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata antara pusat kuarantin itu adalah Kompleks Sukan Likas dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selain beberapa hotel.
“Ini bukan bererti pusat kuarantin yang sedia ada tidak mencukupi, tetapi ia adalah persediaan untuk menangani wabak ini dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.
“Kita tidak dapat mengelak apabila beberapa perniagaan terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat, kita tidak tahu (pesakit) pasti akan banyak berlakunya kontak (COVID-19),” tambahnya.
Mohd Shafie berkata ketika ini Kompleks Sukan Likas sedang dilengkapkan dengan kemudahan antaranya katil dan dijangka dibuka Ahad ini serta mampu menempatkan kira-kira 180 pesakit pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
loading...
loading...
Related Posts :
PERHATIAN Warga Johor ! Berita GEMPAR Baru Diterima, 14 Ekor Buaya TERLEPAS ! Mohon SEBARKAN !
Johor Bahru: Sejak seminggu lalu, 32 nelayan di kawasan pantai Skudai di sini, tidak berani turun ke laut berikutan sering terserempak den… Read More...
INILAH Wajah Comel BAYI KEMBAR Eina Azman AMAT TEMBAM Di Usia 12 HARI
Pertama kali bergelar ibu bapa, ia merupakan saat yang cukup indah apatah lagi dikurniakan dengan sepasang anak kembar. Wah! Memang teruj… Read More...
Ledakan Gempa Tsunami Mengegarkan Pulau Pinang Sebentar Tadi
Butterworth – Gempa bumi dengan kekuatan 8.3 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada jam 8.49 mal… Read More...
Punca Sebenar Cristiano Ronaldo Tidak Bertatu, Ini Jawapan Dari Beliau
Sepakbola.com - Dalam sebuah artikel baru-baru ini di Yahoo !, Cristiano Ronaldo mendedahkan mengapa ia tidak mempunyai tatu di tubuhny… Read More...
8 Fenomena Alam Paling Aneh di Seluruh Dunia Tanpa Kita Ketahui No 7 Adalah Sepert Bayangan Pintu NerakaDunia ini menyimpan segudang misteri, termasuk beberapa fenomena alam yang cukup aneh. Misalnya, seperti yang sudah cukup dikenal, adalah su… Read More...
0 Response to "Pusat kuarantin dibuka di Dewan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu"
Catat Ulasan