loading...
"Tak fasal-fasal Joy kena maki hari ini (Ahad). Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing bila 'message blast' Joy yang ada perkataan 'dear, sayang, with love, emoji kiss' dan lain-lain.
"Serius, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara agent atau stokis online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu agent tu lelaki atau perempuan).
Mesej itu secara rambang (blast). Bukan Joy bagi secara personal ya... Sebab biasanya agents dan promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki.
"Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah stokis MERVE. Kalau nak marah, marah suami anda ya. Jangan marah Joy. Tak fasal mendapat panggilan perempuan jal***," demikian kata usahawan kosmetik Joy Revfa digelar sebagai 'perempuan jalang', gara-gara menghantar mesej dengan emoji cium dan panggilan manja seperti sayang kepada suami orang.
Enggan membiarkan perkara itu menjadi salah faham, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai mesej tersebut yang dihantar secara rambang (blast) bukannya peribadi.
Menurut Joy, dia tidak mengetahui dalam kalangan stokis dan ejen produknya iaitu MERVE ada lelaki yang sudah berkahwin memandangkan gambar di aplikasi WhatsApp tidak menggunakan foto sebenar.
Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya.
"Apa benda with love dengan laki (suami) orang ini? Siapa ini? Tak ada kerja kacau laki orang? Perempuan jalang," tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memahami niat Joy menghantar mesej itu dan menganggap wanita tersebut terlalu sensitif sehingga menjadi salah faham.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Joy Revfa
loading...
loading...
0 Response to "#ADOII ~ DIGELAR 'PEREMPUAN JALANG', MESEJ SUAMI ORANG: "MARAH SUAMI ANDA YA..." - JOY REVFA"
Catat Ulasan