loading...
Pelajar Sabah yang pulang ke negeri itu mesti menjalani tempoh kuarantin 14 hari di pusat yang ditetapkan, kata pengarah kesihatan negeri Dr Christina Rundi hari ini.
Bagaimanapun menteri pendidikan Sabah Yusof Yakob berkata, pelajar dari sekolah berasrama di negeri lain tidak akan dikuarantin, melainkan mereka menunjukkan simptom Covid-19.“Kita akan benarkan mereka terus balik ke rumah sebaik tiba,” katanya.
Putrajaya mengumumkan bahawa pelajar universiti, yang terkurung di kampus universiti masing-masing sejak pertengahan Mac, dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka bermula hari ini.
Kebenaran itu hanya diberikan kepada pelajar yang berada di zon hijau Covid-19 dan akan pulang ke kawasan yang juga dikategorikan sebagai zon hijau (zon tanpa kes aktif Covid-19).
Lebih 3,000 pelajar tajaan kerajaan Sabah kini berada di semenanjung dan Sarawak.
Sejumlah 7,945 individu kini menjalani kuarantin di lebih 30 pusat kuarantin di Sabah, menurut Pusat Arahan Covid-19 negeri.
Pelajar terbabit akan disaring sebaik tiba di lapangan terbang utama negeri, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Yusof berkata, sekumpulan pelajar pertukaran sekolah menengah akan tiba dari Sarawak pada 29 April. – FMT
loading...
loading...
0 Response to "Pelajar IPT Sabah Yang Pulang Bakal Jalani Kuarantin"
Catat Ulasan