SinarHairan

#PKP ~ Terima Bantuan - Wan Maimunah sebak dan terharu saat dikunjungi

loading...
Pelakon veteran, Wan Maimunah, 67, berasa sebak dan terharu saat dikunjungi, sekali gus menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian ketika berkurung di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik COVID-19.


Pelakon yang dikenali sebagai bintang air mata itu menerima kunjungan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Video perkongsian hati Wan Maimunah yang dirakam ahli keluarga menjadi tular apabila beliau kelihatan begitu sebak kerana ada pihak yang sudi bertanya khabar mengenainya.


"Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang. 
Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya," jelasnya. 
 Sementara itu, Ustaz Sheikh Muhammad, 40, berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan.

Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.

"Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni.Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya. 
 "Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu," ujarnya yang turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP. 
 Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite yang mengenal pasti nama-nama pelakon veteran yang memerlukan bantuan.


Selain Wan Maimunah, Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa sahabat mengunjungi Datuk Wazata Zain, Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Sophia Ibrahim, Mak Jah, S Rohani, Mimi Loma, S Mariam, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.

Tidak terkecuali, sumbangan yang mula diedarkan sejak awal April ini disampaikan kepada penggiat teater dan kru balik tabir


"Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini," kata Sheikh Mohammad.
 Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Tengku Khalidah
loading...
loading...

0 Response to "#PKP ~ Terima Bantuan - Wan Maimunah sebak dan terharu saat dikunjungi"

Catat Ulasan