loading...
Kerajaan negeri mengarahkan Pasar Foh Sang yang masih sesak ketika tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditutup berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu diambil selepas kerajaan negeri maklum mengenai lokasi itu yang masih sesak setiap hari walaupun dalam tempoh PKP.“Oleh itu, kita memutuskan Pasar Foh Sang, Kota Kinabalu tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Keputusan ini berkuat-kuasa serta-merta,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa gambar suasana pasar Foh Sang yang sesak dengan orang ramai sehingga mengetepikan saranan penjarakan sosial ketika PKP.
Warga maya pula menyatakan kebimbangan situasi itu boleh menyebabkan tercetus kluster baharu di Sabah jika tidak dibendung.
loading...
loading...
0 Response to "Pasar Foh Sang Sesak diarah tutup serta-merta"
Catat Ulasan