SinarHairan

#HOT ~ IBU ALIFF SYUKRI MUATNAIK 'KESETIAAN ADALAH HARGA MATI' - NETIZEN KURANG SENANG

loading...
Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di laman Instagram (IG) miliknya.


Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu.

Tidak lama kemudian, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim pula dikatakan turut 'unfollow' menantunya di IG juga.

 Shahida berkata dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu adalah hak dan pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian Bonda Rozita menjadi perhatian ramai dan membuat spekulasi ianya ditujukan kepada menantunya.


Menerusi perkongsian itu, Bonda Rozita memuatnaik status mengenai kata-kata nasihat mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia.

 Ujarnya lagi, jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia.


"Kesetiaan adalah harga mati! Jgn berharap utk mendapatkn kesetiaan dr org yg x setia.. kerana setia itu x mudah dilakukn.. Setia itu mahal..! jd jgn pernah berharap utk mendapatkn kesetiaan tu dr orang yg x boleh menjaga dirinya.. Kerana setia itu bukan mudah..! perlukn komitmen yg kuat supaya menjadi orang yg setia.. apalagi byk godaan yg datang.. 
 "Kerana kesetiaan itu tersangat lah mahal..! Kesetiaan adalah rasa patuh bg setiap orang yg berpegang teguh pd komitmen sebuah perhubungan.. setia mmg menjadi kata yg mudah utk diucapkn.. namun x mudah utk menepatinya Setia adalah pilihan..! Jika ditanya bonda..adakah paras rupa..kekayaan dunia menjadi ukuran sbg pasangan hidup..??? Sy akn jawab.. "setia lah pilihan utama sy.."," tulisnya.


Status tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa ianya ditujukan kepada menantunya.

Mungkin kerana timbul pelbagai skekulasi dari netizen, difahamkan ruangan komen perkongsian oleh Bonda Rozita itu telah pun ditutup.

 Apa pun netizen janganlah terlalu cepat membuat dakwaan liar, mungkin perkongsian itu ditujukan kepada umum. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk rumah tangga mereka.



www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Zara Zya
loading...
loading...

0 Response to "#HOT ~ IBU ALIFF SYUKRI MUATNAIK 'KESETIAAN ADALAH HARGA MATI' - NETIZEN KURANG SENANG"

Catat Ulasan