loading...
Rishi Kapoor LEGENDA filem Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai, India selepas dikejarkan ke hospital pada pagi Khamis. Menerusi laporan The Times of India, perkara itu disahkan oleh abang mendiang, Ranhir Kapor. Rishi dimasukkan ke hospital tersebut Rabu lalu ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sejak 2018 dan isteri mendiang yang juga pelakon, Neetu Kapoor berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir. Menurut adiknya, Randhir Kapoor, Rishi dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan tetapi beberapa jam kemudian, Randhir memaklumkan agensi berita PTI mengenai keadaan abangnya yang stabil. Bagaimanapun keadaan kesihatan pelakon terkenal itu mulai merosot. Nama Rishi mula meniti populariti selepas filem romantik lakonannya iaitu Bobby disiarkan pada 1973 sekali gus merangkul anugerah Pelakon Terbaik dalam Filmfare Award (1974) untuk wataknya dalam filem tersebut.
Filem ikonik itu turut terkenal dengan lagu Hum Tum Ek Kamre Mein hasil nyanyian Lata Mageshkar dan Shailendra Singh. Rishi yang merupakan anak kepada Raj Kapoor juga popular dengan filem-filem seperti termasuk Bol Radha Bol. Semalam, industri filem Bollywood turut kehilangan sebutir permata seni dengan pemergian Irfan Khan, aktor yang berjaya ke Hollywood dengan membintangi filem Slumdog Millionaire dan Life of Pi. -SH Online
loading...
loading...
0 Response to "#LAGENDA ~ Rishi Kapoor meninggal dunia"
Catat Ulasan