SinarHairan

#MIRA FILZAH ~ "DAH BERPUNYA... SUDAH BERJUMPA & BERBINCANG SESAMA KELUARGA"

loading...
Nampaknya segala teka-teki mengenai status pelakon Mira Filzah yang sebelum menjadi tanda-tanya akhirnya telah terjawab apabila empunya badan mengesahkan hatinya sudah dimiliki seseorang dan kedua-dua keluarga telah bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.


Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika bersiaran langsung dalam program bual bicara santai bersama Ustazah Asma' Harun di laman Facebook pendakwah itu pada Ahad.

 Menerusi siaran tersebut, Mira menjawab soalan yang diajukan oleh Ustazah Asma mengenai teman lelaki dan pertunangan:

"Iya... dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga," jawab Mira ringkas.


Selepas mendengar jawapan pelakon filem 'Sangkar' itu, Ustazah Asma segera menjelaskan menurut agama Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.


"Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunang la tu... dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi. InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga... kita sama-sama doakan," kata ustazah.


Klip video perbualan tersebut dikongsi semula oleh pengguna di Twitter dan Instagram.

Pada Februari lalu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai gosip kononnya Mira sudah dirisik dan bakal mengadakan majlis pertunangan pada September depan.

 Lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar foto Mira bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir yang juga merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Bagaimanapun, Mira memilih untuk terus mengunci mulut mengenai gosip tersebut.


www.myartis.com
loading...
loading...

0 Response to "#MIRA FILZAH ~ "DAH BERPUNYA... SUDAH BERJUMPA & BERBINCANG SESAMA KELUARGA""

Catat Ulasan