SinarHairan

Pegawai Polis sebat remaja dikenakan tindakan

loading...
Imej dari video yang tular di laman sosial.
Pegawai polis rotan remaja dikenakan tindakan

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.


“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.

Mengulas lanjut, Zaini berkata tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka. – BERNAMA



POLIS akan menyiasat tindakan pegawainya yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menjalankan operasi Covid-19 di Kunak, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan walaupun setakat ini tiada laporan namun siasatan dalaman akan dijalankan.



“Apa yang saya dimaklumkan, pegawai itu sudah memberi arahan supaya remaja yang melepak di kawasan itu beredar sebelum pegawai itu meneruskan rondaan.

“Namun apabila kembali semula, kumpulan remaja itu masih ada dan sekali lagi pegawai mengarahkan mereka beredar tetapi mereka tidak mengendahkan malah ketawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pegawai Polis berpangkat ASP (di KUNAK) Wajar mendapat perhatian, penghargaan bukan disiasat Kerana Ketegasannya MENJALANKAN tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau TEGAS agar Pematuhan meningkat dan menghalang penularan dan Penyebaran COVID-19. Rakyat Malaysia Bersamamu Tuan stay strong👍✊🏻
#SupportPDRM


Mazli diminta mengulas satu rakaman video tular sejak pagi tadi, yang memaparkan seorang pegawai polis merotan lima remaja menggunakan sebatang ranting di Kunak.

Dalam video bedurasi 26 saat itu, pegawai polis itu geram selepas mereka tidak mengendahkan arahan untuk beredar malah ketawa apabila diarah untuk pulang.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan, tapi polis akan buat siasatan dalaman ke atas pegawai terbabit.


“Manakala semua remaja lelaki itu dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka masing-masing,” katanya.

loading...
loading...

0 Response to "Pegawai Polis sebat remaja dikenakan tindakan"

Catat Ulasan